Sunday, January 25, 2009

pemain import sangat diperluakan untuk kejayaan

ELAMAT berjumpa kembali. Apa lagi kalau tidak bola sepak yang menjadi bahan berita akhir-akhir ini.

Kekalahan 0-5 skuad negara kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu bukan satu kejutan besar.

Kebetulan pada malam yang sama, pengacara TV3, Ally Iskandar mengutarakan tajuk Angan-angan 2018, sama ada mampu atau tidak pasukan negara layak ke Piala Dunia 2018.

Sebenarnya, cita-cita murni untuk layak ke pentas tertinggi itu disampaikan kepada masyarakat menerusi media ketika urus setia FAM dikendalikan oleh bekas politikus, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Barangkali ia dibuat oleh FAM semata-mata untuk score points biarpun ia tidak realistik.

cadangan Ally yang antara lain menyaran agar mewujudkan liga antara perumahan, liga bawah 12 tahun, rebat cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif dalam bola sepak selain menaja seorang pemain remaja ke kelab di Eropah.

Dalam hal ini, saya juga mahu menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbang kemungkinan menggunakan khidmat pemain asing untuk memperkuatkan pasukan negara sebagai langkah jangka masa pendek.

Soalnya, adakah bakat yang dilahirkan menerusi sistem sedia ada mampu mewujudkan generasi berkaliber?

Isu ini bukan baru. Bahkan ia pernah dibincangkan ketika Kementerian Belia dan Sukan diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memantau perkembangan atlet asing seperti jaguh angkat berat kelahiran Medan, Hidayat Hamidon, penembak Ukraine, Irina Maharani dan atlet dari China, Yuan Yufang yang diberi taraf kerakyatan bagi membolehkan mereka menyertai Sukan Komanwel pada 1998.

Parlimen juga pernah membincangkan perkara ini apabila bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, menggesa badan induk itu mengikut trend semasa, dengan menyebut Qatar, Portugal, Switzerland, Poland dan Singapura sebagai contoh.

Saya pernah mencadangkan agar penyerang Negeri Sembilan, Christian Bekamenga diberi taraf warga negara. Idea ini tidak mendapat sambutan. Tidak lama kemudian Bekamenga berhijrah ke Indonesia dan seterusnya terpilih mewakili pasukan Olimpik Cameroon.

Saya berbual dengan bekas jurulatih Iran, Heshmat Mohajerani yang terkejut menyaksikan persembahan pasukan kebangsaan pada Sukan Asia 2006 di Doha.

"Saya sanggup datang ke Malaysia dan menjadi jurulatih kebangsaan, tapi dengan syarat saya diberi hak membawa tiga pemain warga Afrika," katanya yang membimbing Iran menjuarai Sukan Asia 1974, layak ke Sukan Olimpik 1976 di Montreal dan muncul juara Piala Asia pada tahun yang sama sebelum layak ke Piala Dunia di Argentina pada 1978.

Penggunaan warga asing sepatutnya boleh dipertimbang untuk jangka masa lima atau enam tahun sambil kita cuba mengkaji kaedah terbaik memperbetulkan sistem di akar umbi, struktur di peringkat daerah, negeri dan FAM sendiri.

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa bola sepak dekat di hati kita. Kalau tidak masakan stesen TV menggunakan bola sepak sebagai vehicle realiti TV seperti Soccerkids, MyTeam dan Soccer Stars.

Sebelum bola sepak kita terus tergelincir ke lembah paling hina, buatlah sesuatu

Salah pemain sendiri

KUALITI pemain tempatan yang ada ketika ini dikatakan turut 'menyumbang' kepada kemerosotan bola sepak negara terutamanya prestasi pasukan kebangsaan.

Hakikat itu diakui sendiri oleh dua bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Isa Bakar.

Bagi Ghani, 73, kemewahan yang dikecapi pemain profesional pada masa ini menjadi punca mengapa mereka tidak lagi memiliki keghairahan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

"Dulu tiada duit, main bola secara sukarela saja. Sekarang bila dah banyak duit, dia (pemain) main-main. Dulu kita memang nak main, bersungguh-sungguh," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Penyerang era 1950-an dan 60-an itu menambah, pemain sekarang juga perlu menyedari tanggungjawab mereka setiap kali menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Setiap pemain kena faham, mereka bawa nama Malaysia, maruah negara. Aktiviti di luar padang juga kena jaga, kalau nak main bola kenalah pandai jaga diri.

"Ini bila banyak duit, tak jaga waktu tidur, tak jaga permainan mereka dan tak jaga tahap kecergasan diri.

"Pemain sekarang kena ada tiga elemen ini iaitu semangat juang yang tinggi, mental yang kuat serta fizikal yang mantap," jelasnya.

Ditanya tentang kedudukan jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, Abdul Ghani yang terkenal dengan gelaran Raja Bola berpendapat jurulatih tersebut sudah tidak relevan.

"Kalau di luar negara, kalah 0-5, dah tentu jurulatih itu sendiri letak jawatan. Pada saya, dia (Sathianathan) sendiri perlu letak jawatan dan bertanggungjawab dengan kekalahan besar itu. 5-0 sesuatu yang tak boleh diterima," katanya.

Sementara itu, Isa, 56, turut sependapat bahawa pemain bola sepak sekarang tidak mempunyai kesungguhan untuk bermain bola sepak sepenuh jiwa dan raga.

"Kualiti masih ada, cuma tak sampai 100 peratus. Kecergasan dan kerjasama sebagai satu pasukan memang tiada.

"Mentaliti pemain sendiri yang tak mahu memajukan diri, mereka main untuk makan gaji saja. Kalau nak main bola seronok-seronok saja, baik main liga kampung," kata bekas pemain Pulau Pinang era 70-an itu.

Jelas Isa, sebagai langkah mengatasi masalah ketiadaan pemain berkualiti, jurulatih di peringkat negeri perlu tegas dan menerapkan disiplin dalam melahirkan 'pemain sebenar' dari peringkat akar umbi lagi.

"Kalau satu negeri dapat lahirkan seorang pemain yang betul-betul lengkap segala aspek, ia sudah cukup. Secara minimum kita sudah boleh dapat 14 pemain yang betul-betul terbaik,

Saturday, January 24, 2009

Cuti....cuti.....cuti

cuti semester telah bermula.....ramai pelajar UM telah pulang kekampung...kesempatan ini digunakan oleh pelajar untuk berehat dan menenangkan minda......semesta akan nbersambung pada 3/2/09 dan pada04/02/09 akan bermualanya sikan mahasiswa universiti malaya pada fasa yang kedua....antara sukan yang akan di pertandingkan adalah badminton,bola keranjang, bola tampar,boling padang, futsal, hoki, ping pong, ragbi, sepak takraw, safball, tarik tali, temping bowling, dan acara trek,,,,,,,diharap kolej kelima dapat mempertahan kan kejuaraan yang ke-18 secara berturut-turut...kejayaan 5th juga adalah hasil usaha kita bersama...dan kekalkan lah kolej lima sebagai kolej sukan dan di gelalar sebagai kolej sukan dan kolej besi kerana tiada kolej lain yang berjaya mencabar kejuaraan tersebut

SUKMUm

walaupun kolej kelima baru mendapat 4 emas kurang 2 daripada 12th tetapi 5th telah mendahualui carta dengan kiraan mata....kolej lima telah mengumpum 220 points sehinga tamat sukan yang pada bulan satu ini