Tuesday, February 17, 2009

king of worrios

KUALA LUMPUR - Ketepi Selangor, kini giliran Kelantan menerajui Liga Super.

Pasukan the red worrios menepati status selaku pasukan terbaik Liga Super apabila mengambil alih teraju liga dari Selangor selepas membelasah Pahang 5-1 di Stadium Darul Makmur.

Kejayaan Kelantan menjadi peneraju baru Liga Super dibantu kekalahan mengejut Selangor yang tersungkur di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam 0-1 kepada UPB MyTeam.

Kelantan terlalu handal buat Pahang apabila menjaringkan gol menerusi Khalid Jamlus (minit pertama, m-74), Zainol Fitri Ishak (minit kesembilan), Mohd. Badri Mohd. Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62).

Pahang sekadar memperoleh gol sagu hati pada minit ke-25 hasil jaringan Hasmizan Kamaruddin.

Kelantan kini unggul di puncak liga dengan 18 mata selepas tujuh perlawanan.

Tuesday, February 10, 2009

tekanannya

tertekannya aku rasa malam ni.......lepas main bowling td aku tekanan sangat, masa latihan score selalu atas 130 dan ke ats...tapi masa game tadi nak dapat 120 pun susah...tak tahu lah nape...... ada rakam sepasukan pun bukan nak membantu...tapi sayik perli dan bag tekanan je...lagi lah aku rasa tertekan.....tak ada mood sangat2 aku rsa malam ni............ok lah dulu...dah kalah dah///x dapat nak disemlamatkan lagi....

Sunday, February 8, 2009

Memburu kemenangan Moral (kejuaraan berkekalan)

sukan mahasiswa universiti malaya(sukmum) adalah salah satau yang hangat diperkatakan di UM sekarang. kini bermulalah detik sebenar bagi skuad juara (kolej lima) kerana cabaran pada tahun ini adalah betul2 mencabar dan sengit. walaupun yang fasa satau kolej 5 ketingalan 3 emas kepada kolej 12..tetapi kolej lima tetap berada diatas carta dengan kelebihan dalam kiraan mata.itu adalah kemenangan moral yang pertama kepada atlit2 kolej kelima.semestinya sukan yang di pertandingakan pada fasa dua ini adalah yang mencabar dan yang akan di kuasai oleh kolej kelima...kolej kelima akan membuktikan kejagohan sebanarnya pada fasa yang kedua ini...kita sama2 saksikan lah kolej keliam dalam usaha untuk meneruskan tradisi kejuaraan dan mengekalkan kejuaraan yang ke17 secara berturut-turut......5th POWER

Monday, February 2, 2009

Sang Kijang waspada


leh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

INDRA PUTRA jadi taruhan terbaik Kelantan untuk merobek gawang Johor pada aksi kedua Piala FA malam ini.

KELANTAN belum mahu mendabik dada meskipun selesa dengan bekalan empat gol ketika aksi pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Sabtu lalu.

Tidak mahu berputih mata, skuad Kijang itu sedar kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor apabila dua pasukan itu turun pada aksi kedua di Stadium Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Noordin Awang berkata, di atas kertas, Kelantan jelas mempunyai kelebihan namun, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit permainan.

Menurutnya, para pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan 'sengat' si Jengking dan tidak mahu sejarah musim lepas berulang kembali.

"Kita bercita-cita untuk mendapatkan piala ini (Piala FA) untuk musim ini, kita tidak mahu kecewa lagi seperti musim lalu apabila gagal melepasi halangan pertama berdepan dengan Kuala Muda Naza.

"Saya pasti pemain juga sudah mengetahui sasaran tersebut dan kita tidak mahu menghampakan peminat dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, barisan pemain Kelantan kini berada pada prestasi terbaik untuk meneruskan saingan Piala FA.

Katanya, kesebelasan utama ketika beraksi pada perlawanan di Kota Bharu Sabtu lalu bakal di kekalkan oleh jurulatih, Peter James Butler dengan Indra Putra Mahayuddin dan Khalid Jamlus bakal jadi taruhan.

"Selain itu, penjaga gol, Halim Napi juga akan dikekalkan berikutan prestasi yang memberangsangkan seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini," ujarnya.