KUALA LUMPUR - Ketepi Selangor, kini giliran Kelantan menerajui Liga Super.
Pasukan the red worrios menepati status selaku pasukan terbaik Liga Super apabila mengambil alih teraju liga dari Selangor selepas membelasah Pahang 5-1 di Stadium Darul Makmur.
Kejayaan Kelantan menjadi peneraju baru Liga Super dibantu kekalahan mengejut Selangor yang tersungkur di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam 0-1 kepada UPB MyTeam.
Kelantan terlalu handal buat Pahang apabila menjaringkan gol menerusi Khalid Jamlus (minit pertama, m-74), Zainol Fitri Ishak (minit kesembilan), Mohd. Badri Mohd. Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62).
Pahang sekadar memperoleh gol sagu hati pada minit ke-25 hasil jaringan Hasmizan Kamaruddin.
Kelantan kini unggul di puncak liga dengan 18 mata selepas tujuh perlawanan.
No comments:
Post a Comment